About my Blog

Di dalam tubuh yang kuat terdapat jiwa yang sehat. Dengan herbal dan pengobatan alami, mari kita menjaga kesehatan kita yang berharga.

Kamis, 03 Maret 2011

Manfaat Manggis



Banyak yang tidak mengetahui bahawa manggis juga merupakan bahan yang digunakan dalam perubatan tradisional sejak turun-temurun. Selama ini kita hanya fokus kepada isinya yang putih bak kapas untuk menikmati kelazatan buah tersebut. Seperti yang diketahui  manggis apabila dimakan memberi implak ‘penyejukan’ (cooling effect). Maka adalah disarankan untuk memakan buah manggis selepas memakan ‘raja buah’ iaitu durian.



Khasiat Manggis:
  1. Berak berdarah : Ambil kulit manggis dibasuh dan dikeringkan (iaitu dijemur sampai kering (garing). Rebus bersama lima cawan air hingga tinggal satu cawan pekat aiar tebusan itu. Amalkan meminumnya selalu. InsyaAllah penyakit anda akan sembuh.
  2. Ulser mulut dan bengkak usus : Bagi mengatasi ulser dalam mulut, air rebusan daun dan kulit pokok boleh diminum. Di samping itu juga ia boleh disapu pada luka.Bahagian kulit pula jika dikeringkan dan dikisar boleh mengatasi masalah cirit birit. Air rebusan kulit manggis boleh merawat penyakit bengkak usus.
  3. Luka dan gigitan serangga : Kulit manggis yang telah kering ditumbuk halus dan dibancuh dengan sedikit minyak ditekap di pada luka atau bengkak gigitan serangga.
  4. Buasir : Keringkan kulit buah delima dan kulit manggis,dibuat serbuk untuk amalan minuman.
  5. Memutihkan Gigi : Kulit manggis dibakar dan ditumbuk hingga halus dan gunakan ia seperti ubat gigi.
  6. Cirit-birit : Kulitnya diasah pada pasu dan pati airnya diminum.
  7. Lancar Haid : Air rebusan akar manggis digunakan untuk melancarkan haid.
  8. Sembelit : Getahnya digunakan untuk melegakan sakit sembelit tetapi ia boleh menyebabkan rasa loya dan muntah. Hati-hati, keracunan ini boleh menyebabkan kematian jika diambil dalam sukatan yang banyak!
  9. Penyakit kencing manis : Jangan lupa daun manggis tu boleh buat ubat untuk orang2 yang kena penyakit kencing manis. Ambil 2 atau 3 helai daun manggis, Rebus daun manggis tadi sampai air menjadi kehijaun macam teh hijau.(rasa macam air teh), Minum 2 atau 3 kali seminggu air daun manggis.


    1 komentar:

    Melly mengatakan...

    Daun manggis ternyata bermanfaat untuk menyembuhkan kencing manis. makasih infonya.

    Posting Komentar